Thursday, March 7, 2013

Asid Borik?

Apa itu asid borik?
  • Ia merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat).
  • Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan.
  • Asid borik tidak dibenarkan hadir didalam makanan atau produk makanan.
  • Jika terdapat kehadiran asid borik didalam makanan ia adalah disebabkan oleh pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata.
  • Asid borik digunakan oleh pengusaha makanan ini sebagai untuk memanjangkan jangkahayat dan kesegaranya.
  • Asid borik adalah bahan pengawet yang dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
  • Produk makanan yang selalu mengandungi bahan pengawet ini seperti mee kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mee wantan, mee hokien, bee hoon, kulit popia dll.
  • Individu yang telah memakan makanan mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, diarrhea, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang dan kematian.
  • Cara untuk mengesan kehadiran asid borik ini boleh mengunakan air kunyit, tetapi ia bukan ujian penentuan kesahihanya.
  • Ia boleh juga memberikan keputusan yang salah. ini kerana tindak balas air kunyit dengan Natrium bikarbonat (air abu ) yan digunakan untuk membuat mee boleh menyebabkan mee bertukar dari kuning ke warna merah.Jadi cara yang terbaik adalah pengujian di makmal.
  • Jadi tip hari ini carilah mee kuning yang telah mendapat sijil halal sahaja, kerana penggunaan bahan ramuan dan keselamatannya telah dipastikan.
  • Kami di Sahabat Roselle Marketing ada menjual mee halal, lagi thoyyiba. Mee kuning yang dibuat oleh Orang Islam sendiri.
more info about Asid Borik?
  • Kimia berwarna putih seakan-akan kristal.
  • Makanan mengandungi asid borik bertukar merah jika dicampurkan air kunyit.
  • Boleh didapati dalam bentuk serbuk dari farmasi tanpa preskripsi.
  • Bahan anti-septik, anti-kulat dan anti-virus.
  • Digunakan merawat dubur dan faraj daripada jangkitan kulat.
  • Pembunuh kuman penyakit kulat.
  • Terdapat di dalam kebanyakan produk perubatan farmasi untuk penyakit luaran.
  • Keracunan, gastro-usus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

Wednesday, March 6, 2013

Bab 2 : Sebatian Karbon (Alkana)

10 ahli pertama Alkana

Jadual Berkala Unsur (JBU)

Ini adalah contoh JBU dalam b.m yang baik.

JBU 1:



JBU 2:


 So, plez make sure all of u have it, at least one.

Ujian Pengesanan 1 (2013)

Afternoon everyone..

Sebagai makluman, ujian pengesanan 1 akan bermula pada minggu depan iaitu pada 11 Mac 2013 pada hari isnin. 

Jadual exam untuk subjek saya adalah seperti berikut:

  • Matematik kertas 1 (form 3) - ahad, 17 mac 2013, 10.3o - 11.3o a.m
  • Matematik kertas 2 (form 3) - ahad, 17 mac 2013, 11.45 - 1. 15 p.m
  • Kimia (form 4) - khamis, 14 mac 2013, 11.oo - 12. 30 p.m
  • Kimia kertas 1(form 5) - isnin, 11 mac 2013, 12.45 - 2.oo p.m
  • Kimia kertas 2 (form 5) - rabu, 13 mac 2013, 11.oo - 12.3o p.m
  • Biologi (form 4) - isnin, 18 mac 2013, 8.oo - 9.oo a.m
  • Biologi kertas 1 (form 5) - selasa, 19 mac 2013, 11.oo - 12.15 p.m
  • Biologi kertas 2 (form 5) - selasa, 19 mac 2013, 12.3o - 2.oo p.m

Dan perlu diingatkan untuk subjek kimia untuk paper 1bagi form 5 adalah pada isnin ni, jam 12.45 - 2.oo p.m So be  prepared my lovely student. 

Bab 6 : Elektrokimia (Elektrolisis)

bab elektrolisis... bab yang agak memeningkan pelajar..
tapi kalau berikan perhatian betul2 rasanya tak susah sangat..
yang penting kena kemaskan dahulu asas elektrolisis..
lepas tu insyallah tiada masalah...

let's get some overview what is electrolisis?


sebut sahaja elektrolisis..
ini akan melibatkan
3 perkara :

1. Elektrolit - kena kenal sebatian leburan @ akueus
- Kalau akueus - ada 3 faktor Discharge - Ele Duduk Peka

2. Elektrod - tentukan yang mana Anod dan Katod
- Elektrod yang biasa ialah Carbon, Grafit, Platinum
- Kalau selaian di atas, kena tentukan yang mana positif @ negatif

3. Voltage/ bateri yang membekalkan kuasa elektrik..
- Kena tahu nak tentukan yang mana positif dan negatif
- Panjang = Positif
- Pendek = negative

Secara ringkasnya asas yang perlu tahu adalah seperti berikut:

Tuesday, February 19, 2013

Kejuruteraan Kimia Dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran, terkandung ayat-ayat yang mengajar manusia mengenai sains dan teknologi, contohnya seperti kejadian manusia di dalam surah Al-Alaq serta penggunaan besi di dalam surah Al-Hadid.

Menjadi kewajipan umat islam untuk memahami intipati Al-Quran yang merupakan kalam Allah kepada kejadian yang dicipta (manusia) sebagain panduan hidup yang meliputi segala bidang termasuklah bidang kejuruteraan kimia.

Ayat 7 dan 8 dalam surah Al-Zalzalah yang berbunyi:

" ...maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya"

Ayat ini memberi gambaran kepada manusia bahawa mereka akan menjalani sesi hisab dan jaza' (pembalasan) sebelum dimasukkan samada ke dalam syurga atau neraka di atas kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia walaupun perbuatannya sebesar zarah.

Perkataan "zarah" ini adalah istilah ilmu kimia yang merujuk samada molekul, atom ataupun ion yang terlaluseni (kecil) yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terhad untuk dilihat dengan peralatan saintifik canggih serta kompleks seperti Transmission Electron Microscopy (TEM) dan Nuclear Magnetic Resonans (NMR).

Saiz satu zarah boleh bermula dengan skala pengukuran terkecil Angstrom meter (x10-10 m). Manusia mempercayai kewujudan molekul, atom dan ion yang abstrak walaupun tidak dapat dilihat, disentuh dan dirasa. Apabila molekul, atom dan ion membentuk atau bergabung menjadi sebatian bahan, barulah sifat-sifatnya dapat dilihat, disentuh dan dirasai. Contoh sifat-sifat tersebut seperti warna, bentuk, fasa, kebolehanlarutan, menghakis dan sebagainya.

Konsep ini adalah sama dengan konsep ketuhanan, yang tidak dapat dilihat, didengar, dirasa dan disentuh, tetapi masih ada mnanusia yang tidak mempercayai kewujudan Allah yang menjadikannya. Apabila manusia mula mempercayai kewujudan zarah, muncullah bidang-bidang pengajian asas kimia sehinggalah ia berkembang ia berkembang menjadi bidang kejuruteraan kimia bagi pembangunan dan perkembangan kehidupan manusia seterusnya.

Teori awal kewujudan atom telah dikesan oleh ahli falsafah Greek iaitu Democritus dan seterusnya telah dimodenkan lagi konsepnya dan teorinya oleh John Dalton sekitar tahun 1803

Di dalam ayat al-Zalzalah ini, Allah menerangkan bahawa besarnya impak perkara baik dan buruk yang kita lakukan semasa di dunia akan memberi kesan kepada kehidupan manusia dan alamnya walaupun sebesar zarah. Konsep impak yang besar ini walaupun sebesar zarah perlulah diambil perhatian oleh seorang jurutera kimia dalam menjalankan tugas mereka mengawal proses kimia seharian didalam bidang industri.

Sifat-sifat zarah ini perlu difahami serta dihalusi dengan teliti agar tidak memberi kemudaratan serta permasalahan di dalam sesuatu proses kimia yang berskala atau bersaiz besar. Sifat-sifat zarah seperti kebolehlarutan, potensi kimia, corak taburan cas, daya-daya tarikan, daya-daya tolakan, saiz molekul, kelektronegatifan, keelektropositifan, kebolehan membentuk ikatan kimia seperti ikatan hidrogen pada skala mikroskopik antara yang akan mempengaruhi sifat proses kimia pada skala makroskopik seperti kebolehaliran, ketumpatan, termodinamik, perubahan fasa serta kebolehcampuran.

Antara contoh yang ketara kenapa sifat dan kelakuan molekul perlu difahami ialah pembentukan pepejal hidrat semasa proses pengeluaran gas hidrokarbon dari telaga simpanan gas dan minyak. Campuran gas hidrokarbon-air itu mempunyai gas lain juga seperti NO2, SO2 yang menyebabkan molekul-molekul NO2, H2S, SO2 lebih tertarik kepada molekul air bagi membentuk ikatan hidrogen yang kuat dan banyak.
Lama kelamaan apabila kepekatan (bilangan molekul) campuran air, NO2, SO2 makin bertambah, titik supersaturasi akan dicapai untuk memacu perubahan fasa gas kepada pepejal yang bersaiz nano. Pepejal bersaiz nanometer (x10-9 m) ini kemudiannya akan semakin membesar lalu membentuk kerak pada dinding pada aliran paip. Kerak ini akan lebih membesar seperti mana yang berlaku pada paip sinki di dapur kita yang akan menyebabkan aliran bendalir tersumbat.

Seterusnya akan menyebabkan operasi pengeluaran tergendala serta menyebabkan kerugian kos beratus juta ringgit. Di negara-negara maju seperti Amerika, Britain dan Jerman, para saintis dan jurutera daripada syarikat terkemuka seperti Shell, BP, BASF, Glaxo Smith Klime, dan Pfizer telah lama mengkaji dan memahami sifat asal zarah dalam peringkat pembangunan proses dan produk industri-industri kimia mereka agar dapat dikawal dengan baik bermula daripada peringkat molekul.

Sebagai kesimpulan, jurutera kimia perlulah mula melakukan anjakan ilmu untuk memahami proses-proses yang mereka kendalikan bermula dari peringkat molekul yang sejajar dengan saranan al-Quran kepada manusia. Jurutera kimia juga haruslah berpegang teguh dalam mengamalkan etika-etika profesion kejuruteraan yang betul kerana setiap tindakan yang dilakukan akan memberikan impak yang besar kepada manusia dan alam sekeliling kita.

PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang.