Tindak balas kimia (chemical reaction) berlaku apabila bahan tindak balas (reactant) dicampurkan bersama-sama, pada keadaan yang sesuai.
Kelajuan sesuatu tindak balas kimia itu dipanggil kadar tindak balas (rate of reaction).
Semasa tindak balas kimia, bahan tindak balas digunakan sehinggalah hasil tindak balasnyanya (product) terbentuk. Oleh itu, jumlah bahan tindak balas akan berkurangan manakala jumlah hasil tindak balas akan meningkat, sebagaimana tindak-balasnya diteruskan.
Oleh itu, kadar tindak balas boleh ditentukan oleh salah satu daripada cara-cara berikut:
- Kadar kehilangan bahan tindak balas, atau
- Kadar pembentukan sesuatu hasil tindak balas (product).
Kadar tindak balas juga boleh ditakrifkan sebagai jumlah hasil tindak balas yang diperolehi per unit masa.
Kaedah mengukur kadar tindak balas.
- Jumlah bahan tindak balas yang digunakan atau hasil tindak balas yang diperolehi boleh diukur dari segi jisim bahan atau kepekatan bahan tersebut.
- Untuk tindak balas kimia yang menghasilkan gas, kadar tindak balas boleh diukur sebagai jumlah gas yang dihasilkan per unit masa.
Tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik cair.
Tindak balas antara kalsium karbonat (kepingan kecil marmar) dan asid hidroklorik cair boleh
diwakili oleh persamaan berikut:
CaCO3(s) + 2HCl(aq) → CaCl2(aq) + CO2(g) +H2O(l)
CaCO3(s) + 2HCl(aq) adalah bahan tindak balas, dan
CaCl2(aq) + CO2(g) +H2O(l) adalah hasil tindak balas.
Semasa tindak balas, berlaku perubahan yang dapat dilihat seperti berikut:
- Jisim kalsium karbonat (bahan tindak balas) berkurangan.
- Kepekatan asid hidroklorik (bahan tindak balas) berkurangan.
- Jumlah isipadu karbon dioksida (hasil tindak balas) yang dihasilkan meningkat.
Oleh itu, kadar tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik boleh ditentukan dengan mengukur:
- Penurunan dalam jisim kalsium karbonat per unit masa, atau
- Peningkatan dalam isipadu karbon dioksida per unit masa.
Kadar tindak balas adalah berkadar songsang dengan masa yang diambil bagi tindak balas itu selesai.
Tindak balas adalah pantas jika ia mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. Sebaliknya, tindak balas adalah perlahan jika ia mengambil masa yang panjang bagi suatu tindak balas itu iselesaikan/dilengkapkan.
Selain daripada perubahan dalam jisim bahan tindak balas atau perubahan dalam ispadu gas yang dihasilkan, perubahan lain yang dapat diperhatikan adalah seperti berikut:
- Perubahan warna.
- Pembentukan mendakan.
Unit-unit yang digunakan untuk kadar tindak balas bergantung kepada perubahan yang diukur. Sebagai contoh:
- cm3 per unit masa (saat atau minit) untuk gas.
- g per unit masa atau mol per unit masa untuk bahan tindak balas pepejal.
- mol dm-3 per unit masa bagi bahan tindak balas dalam larutan akueus (aqueous solution).
Tindak balas kimia yang berlainan berlaku pada kadar yang berbeza. Sebahagian tindak balas berlaku dengan cepat/pantas dan ada juga yang berlaku secara perlahan.
No comments:
Post a Comment